Monday 6 June 2011

leukemia


tetiba aku terasa nak tulis pasal penyakit ni. actually ramai org yg tahu perkataan LEUKEMIA ni. tp, adakah anda betul-betul tahu penyakit ni pasal apa?
err aku pun camtu jugak dulu. main cakap je. tp tktau. soooo, ni aku share sikit info pasal leukemia. harap boleh tambah knowledge kita sama-sama.

leukemia ni merupakan sejenis barah ( cancer ) pada darah / sum-sum tulang (bone marrow) di mana belakunya mulitiplication of leukocyte ( white blood cell ). biasanya kalau cancer, memang akan berlaku penggandaan cell macam ni.
melibatkan damage pada sum-sum tulang, disebabkan oleh penggantian sel sum-sum tulang normal dengan sejumlah besar sel darah putih tidak matang, juga menyebabkan kekurangan platelet darah, which important in blood clotting. maksudnya, mereka yang mempunyai leukemia mungkin menjadi lebam, perdarahan berlebihan, atau mengidap perdarahan mirip cucuk-jarum, petechia ( yg ini tak konfem apa kebenda nye, google sendiri ye )



antara symptom yg lain termasuk :

Demam, sejuk, berpeluh malam 
Kelesuan dan lemah
Hilang selera makan dan/atau berat badan
Gusi bengkak atau berdarah
Perdarahan berlebihan (meskipun akibat luka kecil)
Simptom neurologikal (eg : sakit kepala)
Hati dan limpa bengkak
Mudah lebam
Kerap dijangkiti penyakit
Sakit tulang
Sakit sendi
Tonsil bengkak
Kerap pengsan

....................

terdapat 4 jenis utama leukemia :

Leukemia limfosit akut (ALL), paling biasa menjangkiti kanak-kanak.
Leukemia mieloid akut (AML), lebih biasa berlaku pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
Leukemia limfosit kronik (CLL), biasanya menjangkiti orang tua > 55 tahun, boleh juga menjangkiti orang muda.
Leukemia mieloid kronik (CML), biasanya menjangkiti orang dewasa. Jenis paling jarang berlaku.

okay, ni aku nak story sikit.
kalau dalu, kanak-kanak yang menghidap penyakit leukemia mempunyai harapan yang tipis untuk sembuh tapi sekarang ni, terapi yang ditemui telah berjaya meningkatkan peluang mereka untuk sembuh bagi 50 % kanak-kanak yang menghidap leukemia jenis biasa.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit ini akan dirawat oleh pakar pediatrik. ada beberapa jenis drugs akan diberikan secara serentak, sama ada secara oral atau suntikan. Bagi jenis leukemia yang biasa, radioterapi dan dadah yang khusus mungkin digunakan untuk membunuh sel barah otak. meanwhile, pemindahan darah mungkin dilakukan di peringkat awal rawatan. Jika bilangan sel putih jatuh ke tahap yang sangat rendah, mereka akan diasingkan (isolate) untuk mengelakkan daripada diserang oleh sebarang jangkitan. di mana, every visitor perlu memakai protector dan pakaian khas. lepas beberapa minggu, barulah mereka boleh pulang ke rumah. Namun pemeriksaan lanjutan masih diperlukan untuk mengawas keadaannya.

Peranan sebagai ibu bapa? beri sokongan sepanjang rawatannya dengan meningkatkan semangat anak. Kanak-kanak yang menghidap leukemia tidak boleh didedahkan kepada jangkitan kanak-kanak yang boleh menjangkit seperti cacar air, kecuali anak telah diimunkan.  Oleh itu, anda perlu memastikan rakan-rakan sepermainan tidak menghidap sebarang penyakit yang berjangkit.

Apakah tindakan doktor?
Doktor akan melakukan ujian darah untuk mengenalpasti penyakit leukemia. Doktor juga akan melakukan tebukan lumbar. mereka akan menjalani rawatan permulaan selama 2 -3 bulan di hospital. Tempoh rawatan bagi penyakit leukemia ialah antara 2 - 3 tahun.

sooooo, apa yg penting?









No comments:

Post a Comment