Monday 1 August 2011

salam Ramadhan

assalamualaikum anda semua :)
tetiba rasa macam dah lama tak menaip2 for updating my blog ni. yeah sbb I only wrote something when the ideas popped out of my mind & mood nak membebel tu muncul secara tiba-tiba. waah boleh pulak camtu, otherwise tidak. haha :D

ohh ye, baru terperasan, this is my very 1st entry since Ramadhan. dah masuk day 2 dah pun. rasa amatlah sekejap kan. huhu. so, of course lah saya nak membebel sikit pasal bulan yg mulia ni. *okayh, peringatan : bebel sikit jee* 



 jadi untuk itu, marilah kita muhasabah diri & hayati tazkirah saya yg tak seberapa ni. 

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN !
bulan yg mulia ni hanya menyinggah dalam hidup kita sekali je dlm setahun. org skrg ni mesti akan cakap ''untung laaa''. betul kan? yess kita mmg sgt beruntung sbb Allah masih mengizinkan kita menikmati Ramadhan kali ini. mungkin ini yg terakhir buat kita. siapa yg tahu. sbb itu lah, nikmati lah Ramadhan kali ini seolah-olah yg terakhir kalinya buat diri kita. dalam kita beramal di bulan mulia ni, mesti lah kita kena ada goal. nak capai sesuatu. bukan lah setakat nak buang lemak, nak kurus sbb tak makan, nak kekalkan badan yg langsing dsbnya. tp apa yg kita nak capai tu merupakan seolah2 a chance in a lifetime. kalau rasa nak kurus, diet bila2 pun boleh buat kan? tapi nak capai kemanisan bulan Ramadhan ni, bukan lah something yg kita boleh buat selalu.




soo, here saya nak share lah sikit some other things yg boleh kita amalkan dlm bulan ni. so that kita boleh sama-sama merasai kemanisan & kenikmatan Ramadhan tu sendiri, Insyaallah :)

1. menjaga perkara wajib & fardhu.
2. menambahkan amalan2 sunat.
3. menjauhi perkara haram & maksiat.
4. mengelakkan perkara2 yg mendatangkan makruh.
5. hayatilah kebesaran yg Maha Esa dgn mengucapkan zikir.


Allah berkata; 'Puasa itu untukKu, maka Aku sendiri yang akan menentukan pahalanya. Ia (yakni orang yang berpuasa itu) meninggalkan syahwatnya dan makanannya dengan sebabKu'. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi". (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah) dan mengharapkan pahala dariNya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu".
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

jadi, selamat beramal & moga2 Ramadhan kita kali ini lebih baik dan sentiasa mendapat rahmat Illahi, amin :)
sekian sahaja. salam Ramadhan Al-Mubarak !

7 comments:

  1. selamat bpuasa jugak me'cha :)

    ReplyDelete
  2. terasa -.-
    takde takde takde niat diet. haha.
    ingat tuu, jangan makan banyak banyak banyak ;p

    ReplyDelete
  3. hahahaha
    lama xmakan roti john
    terus teringin
    adess

    ReplyDelete
  4. shafinaz sani : makan byk takpe. asal behenti sblum knyang, hehe.

    hans : roti john sgt lah awesome. dah makan time 1st day berbuka :D

    ReplyDelete
  5. Aslmualaikum...saya nak mintak izin copy articel ni. mudah-mudahan kita dapat tambahkan saham akhirat kita sempena bulan ramadhan al mubarak ni...

    ReplyDelete
  6. w'salam. boleh sajo. most welcome :)

    ReplyDelete